Ahad, 14 November 2010

Aktiviti P&P Isipadu Cecair ( Aras Rendah )

Matapelajaran    : MATEMATIK
Kelas                   : 2 Saga
Masa                   : 8.15-9.15pagi ( 60 minit )
Topik                   : Isipadu Cecair
Sub-Topik           : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat, mengetahui konsep bekas kosong, separuh penuh dan  penuh.

Bahan Bantu Mengajar : 

1. 3 buah gelas minuman yang sama saiz
2. 3 buah mangkuk yang sama saiz
3. 3 buah botol yang sama saiz
4.  1 buah baldi air

Pengetahuan sedia ada:

Murid telah menguasai penggunaan 'lebih daripada' , 'kurang daripada' dan 'sama dengan' semasa di awal topik Nombor Bulat. Selain itu, murid telah mengetahui isipadu cecair asas dalam menjalani kehidupan seharian ketika membeli air tin atau botol minuman.

Set Induksi ;

Guru menunjukkan sebuah tin minuman Coca-Cola & air botol minuman Coca-Cola (500ml) dan bertanyakan murid sama ada pernah minum atau tidak minuman berkenaan. Guru memperkenalkan tajuk hari ini iaitu membandingkan isipadu cecair.

Langkah Pengajaran:

1. Guru menerangkan kepada murid maksud 'kosong', 'separuh penuh', dan 'penuh' yang berkaitan dengan isipadu cecair.

2. Guru menuang air daripada dalam baldi ke dalam 3 buah gelas minuman yang telah ditandakan gelas A, gelas B dan gelas C. Kesemua gelas dituang dengan isipadu yang sama banyak (penuh).

3. Kemudian, guru mengarahkan seorang murid untuk menuang air daripada gelas B kepada separuh gelas dan bakinya dituang ke dalam baldi semula. Guru bertanyakan murid isipadu cecair gelas B. Murid memberitahu gelas B mempunyai isipadu cecair 'SEPARUH'.

4. Seterusnya, guru mengarahkan seorang murid untuk menuangkan semua air daripada gelas C ke dalam baldi. Guru bertanyakan murid isipadu cecair isipadu cecair yang tinggal di dalam gelas C. Murid menjawab di dalam gelas C tiada cecair yang tinggal bermaksud gelas C 'KOSONG'.


5. Kemudian, guru meminta murid untuk menyusun semula ketiga-tiga gelas minuman secara dekat untuk murid membuat perbandingan isipadu cecair antara 'PENUH', 'SEPARUH PENUH' & 'KOSONG'.


6. Minta beberapa orang murid yang berlainan untuk mengulangi aktiviti yang sama dengan menggunakan bekas yang berlainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan