Ahad, 14 November 2010

PENGENALAN

Matematik merupakan satu matapelajaran yang amat menarik untuk dipelajari seandainya setiap palajar dapat menguasai pelbagai kemahiran dan teknik unutk mempelajarinya. Dalam Matematik Tahun 2, Isipadu Cecair ( Volume of Liquid) merupakan salah satu topik yang menarik untuk dipelajari jika bersesuaian dengan kaedah yang dipersembahkan oleh setiap guru.

Dalam Topik Isipadu Cecair untuk Tahap 1 khususnya, pada kadar kebiasaanya, terdapat salah faham konsep dalam meneliti jumlah isipadu dalam sesuatu bekas. Sebagai contoh, apabila terdapat 2 bekas air yang diisikan air dengan jumlah yang sama banyak, murid akan dapat menjawab bahawa isipadu kedua-dua bekas tersebut adalah sama banyak. Namun, apabila jumlah air yang sama banyak diletakkan didalam dua bekas yang berbeza, murid akan membuat pilihan jawapan yang salah. Hal ini menunjukkan salah faham konsep dalam penetapan kandungan isipadu cecair.

Oleh hal yang demikian, sebagai pendidik, adalah perlu untuk kita mencari kaedah yang pelbagai dalam memperkenalkan konsep yang betul dalam melaksanakan pengajaran berkaitan tajuk Ispadu Cecair supaya murid dapat menerima pembelajaran tersebut dengan lebih jelas dan mudah untuk difahami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan